Dokumen sokongan Pembekal

SYARIKAT ENTERPRISE (MILIKAN TUNGGAL/PERKONGSIAN


1. Salinan penyata akaun bank 1 bulan terkini. ( Baki akaun sekurang-kurangnya RM 2,500.00 )

2. Maklumat mengenai kuasa tandatangan cek bagi akaun syarikat (borang perincian + borang istihar boleh PM saya ye :-) ,nanti saya email kan )

3. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan, Maklumat Perniagaan & Maklumat Pemilik (SSM) yang masih berkuatkuasa. Bidang yang dipohon untuk didaftarkan hendaklah didaftarkan di Unit Pendaftar Perniagaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

4. Salinan lesen-lesen berkaitan yang masih berkuatkuasa. � Jika berkenaan

5. Salinan bill utiliti + surat kebenaran beroperasi + salinan ic tuan rumah (jika beroperasi di rumah) @ perjanjian sewa yang disetemkan beserta 3 (tiga) bulan resit resmi atau dokumen hak milik premis/pejabat/kediaman/geran tanah.(tidak termasuk permohonan tambah bidang biasa).

6. Maklumat staf syarikat (sekurang-kurangnya seorang) dan Pemilik lengkap dengan nama, no I/C, jawatan.




SYARIKAT SDN. BHD.

1. Salinan borang 24 dan 49 yang disahkan oleh setiausaha syarikat, lengkap dengan nama dan no.lesen atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM).

2. Salinan borang pindah milik saham(borang 32A) yang telah dimatikan setem dan disahkan oleh setiausaha syarikat (jika berkenaan)

3. Salinan penyata akaun bank 1 bulan terkini. (Baki akaun sekurang-kurangnya RM 2,500.00 )

4. Resolusi lembaga pengarah mengenai kuasa tandatangan cek bagi akaun syarikat yang disahkan oleh setiausaha syarikat, lengkap dengan nama dan no.lesen

5. Salinan form of annual return terkini yang disahkan oleh setiausaha syarikat, lengkap dengan nama dan no. Lesen atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM), bagi syarikat beroperasi melebihi setahun

6. Salinan lesen-lesen berkaitan yang masih berkuatkuasa.(jika berkenaan)

7. Salinan borang 44 atau salinan borang 13 yang disahkan oleh unit pendaftar syarikat, ssm atau s/u sykt. Lengkap dgn nama, no. Lesen s/u dan tarikh pengesahan (cop asal).jika berkenaan

8. Memorandum and article of association (MAA)

9. Salinan kad pengenalan / pasport semua pemilik syarikat.

10. Salinan perjanjian sewa yang disetemkan beserta 3 (tiga) bulan resit resmi atau dokumen hak milik premis/pejabat/kediaman/geran tanah.(tidak termasuk permohonan tambah bidang biasa).

11. Maklumat staf syarikat (sekurang-kurangnya seorang) lengkap dengan nama, no I/C, jawatan.

12. Maklumat mengenai kuasa tandatangan cek bagi akaun syarikat (borang perincian + borang istihar boleh PM saya ye :-) ,nanti saya email kan ) ** dapatkan pengesahan dari bank



YURAN PERKHIDMATAN

PAKEJ 1 : PERMOHONAN BARU
HARGA : RM 650.00
1) Sijil Kem. Kewangan + Sijil Taraf Bumiputera ( bagi yg layak sahaja )

PAKEJ 2 : PERBAHARUI SIJIL KEM. KEWANGAN TANPA SMARD CARD
HARGA : RM 650 ** 10 BIDANG SHJ
1) Sijil Kem. Kewangan +Taraf Bumiputera (bagi yang layak)

PAKEJ 3 : PERBAHARUI SIJIL KEM. KEWANGAN + SMARD CARD
HARGA : RM 900
2) Sijil Kem. Kewangan +Taraf Bumiputera (bagi yang layak) + Smart Card

PAKEJ 4 :SIJIL TARAF BUMIPUTERA
HARGA : RM 200.00

PAKEJ 5 : SMART CARD / MEDIUM AKSES
HARGA: RM 250.00



Sunday, June 13, 2010

Pembelian Nota Panduan Penggunaan Smard Card

Kepada Pelanggan yg di hormati ,

Berita baik untuk Pembekal yg menghadapi kekeliruan untuk mempelajari bagaimana untuk menjawab pertanyaan dari pihak kerajaan Dan juga bagaimana untuk untuk menyertai sebutharga

Harga Nota Panduan : RM 150 per set Merangkumi bagaimana untuk menyertai sebutharga
dan untuk menjawab pertanyaan setelah membuat pembekalan -secara atas talian Serta PERCUMA buku eP directory

Atau

Harga untuk menyertai kursus : RM 850.00 per person

email : a.eperolehan@yahoo.com

Friday, June 11, 2010

SOALAN LAZIM DITANYA

1) Perlukah saya memiliki syarikat sdn bhd sebelum memohon untuk sijil kementerian kewangan?

Permohonan sijil kementerian kewangan tidak memerlukan anda untuk memiliki syarikat sdn bhd. Syarikat enterprise juga layak untuk memohon. Perbezaan yang ketara hanyalah kepada saiz tender yang akan diberi kerana syarikat sdn bhd lebih menyakinkan pihak kerajaan untuk membuat urusan yang melibatkan jumlah tender yang besar.

2) Berapa lama masa yang diperlukan untuk mendapatkan sijil bagi setiap permohonan?
Masa yang diperlukan untuk memproses satu-satu permohonan bergantung kepada kod bidang yang ingin dipohon. Bagi bidang-bidang pembekalan, biasanya ia mengambil masa 1-2 minggu untuk siap dengan syarat semua dokumen yang diserahkan adalah lengkap.Bagi sesetengah kod bidang seperti bidang bengkel dan pembuat, masa yang diperlukan mungkin agak lama kerana pegawai kementerian kewangan berkemungkinan membuat lawatan ke premis perniagaan untuk membuat penilaian.

3) Tempoh sah Sijil Kementerian Kewangan?
3 tahun

4) Bila perlu memperbaharui lesen?
3 bulan sebelum tamat lesen.

5) Bila perlu buat kemaskini profail syarikat?
Bila ada perubahan dalam pentadbiran syarikat.

Kenapa anda harus pilih kami?


a. kami menawarkan harga yang amat murah jika dibandingkan dengan harga syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang sama di kawasan anda.

b. kami sentiasa memastikan segala permohonan diproses dengan lancar bagi memastikan anda dapat sijil dari kementerian kewangan secepat mungkin.

APA ITU SIJIL KEM.KEWANGAN MALAYSIA (M.O.F)

Sijil Kementerian Kewangan adalah syarat wajib untuk semua pembekal/kontraktor yang ingin memohon tender-tender kerajaan. Tanpa sijil ini syarikat anda adalah tidak layak untuk memohon sebarang tender kerajaan.

Selain itu, bagi syarikat yang layak iaitu memiliki 51% bumiputera dalam syarikat layak untuk memohon bersama Sijil Taraf Bumiputera. Dengan memiliki sijil ini, syarikat anda layak memohon tender-tender yang dikhaskan untuk syarikat-syarikat bumiputera.